Madu Sidir dan Madu Tualang

MARDI Kumpul 30 Spesies Kelulut



Tidak ramai menyedari, lebah kelulut mampu mendatangkan pendapatan lumayan walaupun serangga itu gemar menjadikan batang pokok sebagai habitat semula jadinya.

Kelulut sering disamakan dengan spesies penyengat tetapi ia mempunyai nilai tinggi dalam pengeluaran madu berkualiti yang kaya dengan antioksidan.

Khasiat madu kelulut dikatakan dapat mening­katkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, memberi tenaga kepada wanita yang baru bersalin dan membantu merawat kecederaan dalaman.

Madu kelulut juga memperlahankan pertumbuhan sel kanser, mengecutkan kerada­ngan dan meningkatkan daya imunisasi tubuh.


Khasiatnya dalam dunia perubatan memang banyak malah ujian turut dilakukan penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Di Malaysia terdapat kira-kira 30 spesies kelulut dan kebanyakannya ditemui di kawasan hutan.

Berbanding lebah yang hanya menghasil­kan madu, kelulut begitu unik kerana mengeluarkan tiga produk madu iaitu bebola madu, propolis dan pollen (debunga).

Melihat kepada pasaran madu kelulut, harganya mampu mencecah RM120 sebotol bagi 350 mililiter, sedangkan madu biasa dijual RM30 dalam kuantiti sama.

Pegawai Penyelidik MARDI, Mohd Fahimee Jaapar berkata, pihaknya giat mengumpulkan spesies kelulut di seluruh negara.

“Pada mulanya, kelulut digunakan MARDI sebagai agen pendebungaan. Kita mahu pokok yang ditanam berbuah dengan adanya agen pendebungaan iaitu kelulut. Bagi kami, pendebungaan adalah hasil pertama manakala madu dan propolis hasil kedua.

“Pemikiran bagi kebanyakan orang kampung, lebah kelulut tidak mempunyai madu, tetapi kajian mendapati serangga itu mengeluarkan madu se­tanding madu lebah,” katanya.

Semua spesies kelulut dikumpulkan sejak 2007 dan kini diternak di dua kawasan khas di MARDI iaitu di Bahagian Pendebungan dan kebun buah-buahan.

“Ada 15 spesies lebah kelulut dikumpulkan dan hanya dua spesies yang dikomersialkan iaitu jenis ‘Trigona Itama’ dan ‘Trigona Thoracica’,” katanya.

Mohd Fahimee dibantu rakan setugas iaitu Penolong Pegawai Penyelidik, Zulidzham Mohd Sani dan Pembantu Penyelidik Kanan, Hamdan Sipon.

Beliau berkata, hasil kajian dilakukan mendapati kelulut menghasilkan ‘ramuan’ untuk perubatan alternatif.

“Kelulut banyak ditemui di kawasan kampung terutama di negeri yang mempunyai pokok rambutan tua seperti di Melaka, Perak, Kedah dan Kelantan.

“Penebangan hutan secara berleluasa turut me­nyebabkan penghijrahan spesies terbabit ke kawasan kampung,” katanya.

Menurutnya, sarang kelulut dipindahkan dari tempat asalnya dalam batang kayu ke dalam kotak kayu buatan dan diternak di lapangan.

“Anak kelulut dimasukkan ke dalam kotak khas bagi menghasilkan madu.

“Setakat ini, lebah kelulut yang diternak menghasilkan propolis, pollen dan madu,” katanya.

Katanya, kelulut tidak menyengat, namun serang­ga itu hanya menye­rang orang pertama yang mendekatinya.

“Kelulut sama dengan lebah yang akan mengeluarkan ‘feromon’. Ketika ada bahaya, seekor lebah akan mengeluarkan sejenis bahan kimia dikenali feromon untuk memanggil rakannya.

“Bau berkenaan biasa­nya akan ditinggalkan pada musuh pertama, namun jika ramai, semua akan diserang,” katanya.

Menurutnya, setiap spesies kelulut menghasilkan bentuk sarang berbeza.

“Sistem lebah kelulut unik kerana setiap sarang akan ada tiang. Tiang ini dibina daripada propolis atau damar. Penutup sarang yang terdapat dalam koloni terbabit digunakan sebagai pertahanan diri,” katanya.

Katanya, madu kelulut mempunyai lebih antioksidan.


“Kelulut mengeluarkan propolis yang mengandungi antibiotik semula jadi, antimikrob, antifu­ngus dan antikanser.

“Sebab itu sarangnya tidak ada fungus. Ini kerana kelulut menggunakan resin daripada pokok, diproses di dalam badannya bagi mencegah pembiakan mikrob,” katanya.

Kajian di MARDI menunjukkan madu kelulut mempunyai asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik yang tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas.

“Ia boleh bertindak sebagai antikanser, antitumor dan antioksidan untuk diserap dalam tubuh manusia.

“Selain berupaya menurunkan glukosa, mengu­rangkan kerosakan fungsi ginjal dan me­ningkatkan ketebalan trabekular tulang yang menguatkan tulang melalui penyerapan,” katanya.

Kajian mendapati, kelulut boleh melakukan pendebungaan di Rumah Hijau berbanding lebah.

Katanya, pe­rancangan masa depan, Bahagian Mekanisasi dan Automasi MARDI membantu untuk mengeluarkan mesin penye­dut madu yang fleksibel dan mudah alih.

MARDI juga akan menawarkan kursus penternakan kelulut kepada orang ramai yang berminat untuk terbabit dalam industri itu.

“Bagi mereka yang mahu menternak kelulut, Unit Promosi dan Teknologi Mardi menawarkan kursus jangka pendek selama dua hari termasuk makan dan minum dengan kos RM600.

“Ia membabitkan 30 peratus teori dan selebihnya amali termasuk mengajar cara membelah kayu bagi memasukkan anak kelulut ke dalam kotak,” katanya.

Katanya, ada pe­serta kursus memperoleh pendapatan kira-kira RM10,000 sebulan dengan menternak kelulut secara komersial.

“Biasanya harga bagi sebatang kayu mengandungi anak kelulut dijual kepada penternak sekitar RM200 manakala kelulut di dalam kotak pula dijual sekitar RM500 hingga RM700.

“Bagaimanapun ke­banyakan penternak mendapatkan bekalan anak daripada pembalak dan harganya lebih rendah,” katanya.

Oleh Mohd Sabran Md Sani   Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/04 Harian Metro

FAKTA MADU


Di bawah adalah ringkasan pembentangan kertas kerja ketika Seminar Madu Lebah Kebangsaan baru-baru ini di Kota Baru, Kelantan.

Madu Lebah Tualang sebagai Antikanser
Oleh: Prof Madya Dr. Nik Soriani Yaacob, Universiti Sains Malaysia (USM)

Tahukah anda 1 daripada 4 kematian berpunca daripada penyakit kanser. Di malaysia,kanser payudara merangkumi 30% daripada kanser yang didiagnos pada wanita manakala kanser usus dan kanser paru-paru adalah paling lazim bagi lelaki.

Rawatan masa kini:

- Melibatkan pembedahan, kemoterapi dan radioterapi
Tujuan kemoterapi dan radioterapi-untuk membunuh sel kanser menggunakan drug sitotoksik, hormon @ radiasi dengan kos tinggi. Tetapi kesan sampingan lazim berlaku kerana drug ini tidak dapat disasarkan hanya kepada sel-sel kanser kerana sel-sel normal yang sedang membahagi pada kadar yang tinggi juga boleh termusnah. Rawatan radiasi juga boleh menyebabkan penghapusan sel-sel normal yang berhampiran sel-sel kanser yang dirawat. Lebih teruk lagi, sesetengah sel kanser menjadi rentan kepada rawatan yang diberi menyebabkan sel-sel ini tidak terhapus tetapi terus membahagi mengakibatkan kanser berulang.

Kajian penyelidik-penyelidik USM menggunakan madu lebah tualang

Kajian daripada mereka menunjukkan madu lebah tualang mempunyai pelbagai aktiviti antikanser. Sel kanser yang dirawat dengan madu menjalani proses apoptosis yang biasanya tidak berlaku pada sel-sel tersebut. Tambahan pula, madu lebah tualang dapat meningkatkan rangsangan kematian sel-sel kanser payudara oleh drug tamoxifen, iaitu 1 drug yang digunakan dalam kamoterapi.
•Proses kematian sel dirangsang melalui mekanisme pengisyaratan tertentu di dalam sel.•Saiz kanser payudara yang terbentuk dalam tikus makmal-mengecil,membesar dengan lebih perlahan @ tidak terbentuk lagi, lewat berbanding tikus yang tidak diberi madu tualang.•Pengurangan saluran darah ke lokasi kanser boleh menyekat pertumbuhan sel kanser.•Peningkatan jumlah sel imun di keliling sel-sel kanser boleh merangsang pembunuhan sel kanser oleh sistem imun.•Kajian tersebut menunjukkan potensi madu tualang sebagai suplemen dalam terapi kanser.


Madu dan Rawatan Kelecuran
Kajian: Universiti Sains Malaysia

Madu lebah telah lama digunakan dalam rawatan secara tradisi untuk luka dan melecur. Madu,gris (lemak) dan kain tiras adalah pembalut luka yang paling kerap digunakan bagi rawatan luka oleh masyarakat Mesir Purba. Madu dipercayai berkesan dalam merawat jangkitan bakteria pada luka. Ianya sangat hipertonik & dapat membunuh bakteria dengan kaedah kecutan osmotik selain dari menyedut cecair dari luka.

Kajian santifik membuktikan madu mempunyai aktiviti antibakteria. Kajian juga menunjukkan madu mampu mempunyai aktiviti menghalang radangan. Kesan keseluruhannya adalah mengurangkan jangkitan & meningkatkan kemampuan luka untuk sembuh.


Madu Lebah & Kesihatan Reproduktif Lelaki
Oleh: Dr Mohaneem Mohamed,Pensyarah kanan Jbtn Fisiologi-USM

Kesihatan reproduktif lelaki selalunya dikaitkan dengan kesuburan lelaki dalam menghasilkan anak @ zuriat. Pada lelaki organ reproduktif lelaki yang penting adalah testis, epididimis,kelenjar prostat, kelenjar vesikel semen & zakar.

Di india, terdapat amalan dalam perkahwinan tradisional mereka bahawa pengantin lelaki diberi madu lebah untuk meningkatkan stamina. Di Great Britain, madu diperam menjadi arak yang dinamakan 'Mead' & terdapat amalan oleh pengantin lelaki & perempuan yang mengambil madu dan mead tersebut pada beberapa minggu pertama perkahwinan. Di Malaysia pula, terdapat amalan tradisional di mana madu lebah di ambil bersama bahan lain seperti buah kemiri, bawang merah, rempah ketumbar & telur ayam.
•Ia dipercayai untuk meningkatkan air mani, meningkatkan tenaga seksual serta mengelakkan air mani cepat keluar.
kelebihan madu tualang dikuatkan lagi melalui kajian ke atas tikus jantan normal yang telah menunjukkan bahawa:

•Pemberian madu dari Palestin dan Malaysia masing-masing selama 3 dan 4 minggu telah meningkatkan bilangan sperma.
Kajian dijalankan pada tikus jantan yang didedahkan kepada asap rokok pula, hasilnya:

•Pemberian madu tualang dari Malaysia telah meningkatkan peratus tikus jantan yang berupaya untuk memindahkan sperma kepada tikus betina (mengawan) dan seterusnya berupaya menghasilkan anak.
•Peningkatan pada paras testoterone dan bilangan sperma yang dihasilkan serta pengurangan peratus bentuk sperma yang tidak normal.
•Paras antioksidan di dalam testis tikus meningkat dan kesan toksik ke atas sel pada testis juga berkurang.
•Ini menunjukkan pemberian madu lebah dapat mengurangkan kesan toksid asap rokok ke atas kesihatan reproduktif tikus jantan.


Madu & Penyakit HIV
Oleh: Dr Wan Nazikarah, Jbtn Farmakologi-USM

'Human ImmunodeficiencyVirus' atau dikenali sebagai HIV adalah sejenis virus yang menyerang manusia. Ia mula dikesan pada awal 80' an. Pada waktu itu,HIV mula membiak di dalam badan dan melemahkan sistem pertahanan badan (imuniti) pesakit. Lama-kelamaan sistem pertahanan badan dilumpuhkan sepenuhnya oleh virus HIV menyebabkan badan tidak berupaya untuk mempertahankan diri dari serangan kuman-kuman lain.

Madu terkenal dengan khasiatnya yang pelbagai seperti meningkatkan sistem pertahanan badan, mempunyai antioksidan yang tinggi. Pengambilan madu setiap hari dapat meningkatkan 47%kepekatan vitamin C di dalam darah. Pesakit HIV boleh mendapat manfaat dengan mengambil madu setiap hari di mana madu berfungsi meningkatkan imuniti (sistem pertahanan badan) pesakit.


Madu & Diabetis/ Kencing Manis
Oleh: Dr Mohd Suhaimi

Ramai pesakit kencing manis takut nak makan madu. Ubah mentaliti anda. Madu bagus untuk kencing manis!!!!

Kenapa madu bagus? Madu mempunyai GI yang rendah dari makanan karbohidrat seperti nasi putih, roti putih, dan kentang bakar. GI ialah faktor ukuran kesan peningkatan gula dalam darah oleh makanan.

Dalam kajian yang melibatkan tikus yang diaruh menjadi penyakit kencing manis, tikus yang diberi madu mempunyai paras oksigen yang lebih rendah berbanding tikus yang tidak diberi madu. Penggunaan madu oleh pesakit kencing manis dapat membantu mengawal penyakit dan kemungkinan dapat memlambatkan penghasilan komplikasi


Madu yang dihasilkan oleh lebah-lebah adalah "Penawar bagi pelbagai jenis penyakit". Ibnu Sina (Pakar Perubatan Islam, 980-1037 Masihi) telah menulis dalam bukunya "Qanun - Fit - Tib" telah menyebutkan "Berdozen-dozen aduan ubat yang menggunakan Madu Lebah".










MADU KELULUT


·         Madu Kelulut – warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam. Madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik dan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan.

·         Madu berasal daripada sari bunga dan menjadi ubat bagi pelbagai penyakit manusia. Khasiat madu sebagaimana disampaikan al-Quran telah dibuktikan secara ilmiah oleh pakar perubatan.

·         Khasiat madu kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.

·         “Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi. “Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah,” “Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran.” – Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar

·         Penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan hasilan lebah kelulut termasuk (Mengikut Laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011) ialah Diabetis mellitus (kencing manis), Strok, Hepatitis (Hati), Kanser, Hipentensi (Darah Tinggi) dan Batu Karang.

·         “Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana, madu lebah diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,” – Pengarah Kampus Kesihatan USM, 
Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed. Utusan Malaysia, 9 Jun 2011

·         Kajian telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu. Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetikadalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut. Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas dan kehadirannya dalam madu kelulut memberikan jumlah keseluruhan sebanyak g/g berat kering.

·         Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yangm300 boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan dan bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.

·         Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan bahawa madu mempunyai khasiat dari segi perubatan. Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu berupaya menurunkan glukosa selain daripada itu ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan dapat mengurangkan stress aksidatif. Selain itu kajian pada tikus yang telah di buang ovari untuk kajian menapous menunjukkan madu mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang mana bermakna ia membantu manguatkan tulang melalui penyerapan kalsium.