·
Madu Kelulut
– warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis
bercampur sedikit masam. Madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan
pelbagai penyakit kronik dan sangat berguna dalam bidang perubatan dan
kesihatan.
·
Madu berasal
daripada sari bunga dan menjadi ubat bagi pelbagai penyakit manusia. Khasiat
madu sebagaimana disampaikan al-Quran telah dibuktikan secara ilmiah oleh pakar
perubatan.
·
Khasiat madu
kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga
batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati
pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.
·
“Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang
kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi. “Madu kelulut
rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah,” “Madu
kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di
pasaran.” – Pegawai
Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar
·
Penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan hasilan
lebah kelulut termasuk (Mengikut Laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011)
ialah Diabetis mellitus (kencing manis), Strok, Hepatitis (Hati), Kanser,
Hipentensi (Darah Tinggi) dan Batu Karang.
·
“Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan
menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana, madu lebah diketahui
mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk
kesihatan,” – Pengarah
Kampus Kesihatan USM,
Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed. Utusan Malaysia, 9 Jun
2011
·
Kajian telah
dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan
tertentu. Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan,
Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid
4-hidroksifenilasetikadalah di antara bahan utama yang telah berjaya
dikenalpasti dalam madu kelulut. Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid
fenolik bebas dan kehadirannya dalam madu kelulut memberikan jumlah keseluruhan
sebanyak g/g berat kering.
·
Asid fenolik
bebas merupakan bahan aktif yangm300 boleh bertindak sebagai antikanser
dan antioksidan dan bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia
berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.
·
Hospital
Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan bahawa madu mempunyai
khasiat dari segi perubatan. Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang
telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu berupaya menurunkan glukosa selain
daripada itu ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan dapat
mengurangkan stress aksidatif. Selain itu kajian pada tikus yang telah di
buang ovari untuk kajian menapous menunjukkan madu mengurangkan atrofi
pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang
mana bermakna ia membantu manguatkan tulang melalui penyerapan kalsium.
No comments:
Post a Comment