Madu Sidir dan Madu Tualang

MARDI Kumpul 30 Spesies Kelulut



Tidak ramai menyedari, lebah kelulut mampu mendatangkan pendapatan lumayan walaupun serangga itu gemar menjadikan batang pokok sebagai habitat semula jadinya.

Kelulut sering disamakan dengan spesies penyengat tetapi ia mempunyai nilai tinggi dalam pengeluaran madu berkualiti yang kaya dengan antioksidan.

Khasiat madu kelulut dikatakan dapat mening­katkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, memberi tenaga kepada wanita yang baru bersalin dan membantu merawat kecederaan dalaman.

Madu kelulut juga memperlahankan pertumbuhan sel kanser, mengecutkan kerada­ngan dan meningkatkan daya imunisasi tubuh.


Khasiatnya dalam dunia perubatan memang banyak malah ujian turut dilakukan penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Di Malaysia terdapat kira-kira 30 spesies kelulut dan kebanyakannya ditemui di kawasan hutan.

Berbanding lebah yang hanya menghasil­kan madu, kelulut begitu unik kerana mengeluarkan tiga produk madu iaitu bebola madu, propolis dan pollen (debunga).

Melihat kepada pasaran madu kelulut, harganya mampu mencecah RM120 sebotol bagi 350 mililiter, sedangkan madu biasa dijual RM30 dalam kuantiti sama.

Pegawai Penyelidik MARDI, Mohd Fahimee Jaapar berkata, pihaknya giat mengumpulkan spesies kelulut di seluruh negara.

“Pada mulanya, kelulut digunakan MARDI sebagai agen pendebungaan. Kita mahu pokok yang ditanam berbuah dengan adanya agen pendebungaan iaitu kelulut. Bagi kami, pendebungaan adalah hasil pertama manakala madu dan propolis hasil kedua.

“Pemikiran bagi kebanyakan orang kampung, lebah kelulut tidak mempunyai madu, tetapi kajian mendapati serangga itu mengeluarkan madu se­tanding madu lebah,” katanya.

Semua spesies kelulut dikumpulkan sejak 2007 dan kini diternak di dua kawasan khas di MARDI iaitu di Bahagian Pendebungan dan kebun buah-buahan.

“Ada 15 spesies lebah kelulut dikumpulkan dan hanya dua spesies yang dikomersialkan iaitu jenis ‘Trigona Itama’ dan ‘Trigona Thoracica’,” katanya.

Mohd Fahimee dibantu rakan setugas iaitu Penolong Pegawai Penyelidik, Zulidzham Mohd Sani dan Pembantu Penyelidik Kanan, Hamdan Sipon.

Beliau berkata, hasil kajian dilakukan mendapati kelulut menghasilkan ‘ramuan’ untuk perubatan alternatif.

“Kelulut banyak ditemui di kawasan kampung terutama di negeri yang mempunyai pokok rambutan tua seperti di Melaka, Perak, Kedah dan Kelantan.

“Penebangan hutan secara berleluasa turut me­nyebabkan penghijrahan spesies terbabit ke kawasan kampung,” katanya.

Menurutnya, sarang kelulut dipindahkan dari tempat asalnya dalam batang kayu ke dalam kotak kayu buatan dan diternak di lapangan.

“Anak kelulut dimasukkan ke dalam kotak khas bagi menghasilkan madu.

“Setakat ini, lebah kelulut yang diternak menghasilkan propolis, pollen dan madu,” katanya.

Katanya, kelulut tidak menyengat, namun serang­ga itu hanya menye­rang orang pertama yang mendekatinya.

“Kelulut sama dengan lebah yang akan mengeluarkan ‘feromon’. Ketika ada bahaya, seekor lebah akan mengeluarkan sejenis bahan kimia dikenali feromon untuk memanggil rakannya.

“Bau berkenaan biasa­nya akan ditinggalkan pada musuh pertama, namun jika ramai, semua akan diserang,” katanya.

Menurutnya, setiap spesies kelulut menghasilkan bentuk sarang berbeza.

“Sistem lebah kelulut unik kerana setiap sarang akan ada tiang. Tiang ini dibina daripada propolis atau damar. Penutup sarang yang terdapat dalam koloni terbabit digunakan sebagai pertahanan diri,” katanya.

Katanya, madu kelulut mempunyai lebih antioksidan.


“Kelulut mengeluarkan propolis yang mengandungi antibiotik semula jadi, antimikrob, antifu­ngus dan antikanser.

“Sebab itu sarangnya tidak ada fungus. Ini kerana kelulut menggunakan resin daripada pokok, diproses di dalam badannya bagi mencegah pembiakan mikrob,” katanya.

Kajian di MARDI menunjukkan madu kelulut mempunyai asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik yang tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas.

“Ia boleh bertindak sebagai antikanser, antitumor dan antioksidan untuk diserap dalam tubuh manusia.

“Selain berupaya menurunkan glukosa, mengu­rangkan kerosakan fungsi ginjal dan me­ningkatkan ketebalan trabekular tulang yang menguatkan tulang melalui penyerapan,” katanya.

Kajian mendapati, kelulut boleh melakukan pendebungaan di Rumah Hijau berbanding lebah.

Katanya, pe­rancangan masa depan, Bahagian Mekanisasi dan Automasi MARDI membantu untuk mengeluarkan mesin penye­dut madu yang fleksibel dan mudah alih.

MARDI juga akan menawarkan kursus penternakan kelulut kepada orang ramai yang berminat untuk terbabit dalam industri itu.

“Bagi mereka yang mahu menternak kelulut, Unit Promosi dan Teknologi Mardi menawarkan kursus jangka pendek selama dua hari termasuk makan dan minum dengan kos RM600.

“Ia membabitkan 30 peratus teori dan selebihnya amali termasuk mengajar cara membelah kayu bagi memasukkan anak kelulut ke dalam kotak,” katanya.

Katanya, ada pe­serta kursus memperoleh pendapatan kira-kira RM10,000 sebulan dengan menternak kelulut secara komersial.

“Biasanya harga bagi sebatang kayu mengandungi anak kelulut dijual kepada penternak sekitar RM200 manakala kelulut di dalam kotak pula dijual sekitar RM500 hingga RM700.

“Bagaimanapun ke­banyakan penternak mendapatkan bekalan anak daripada pembalak dan harganya lebih rendah,” katanya.

Oleh Mohd Sabran Md Sani   Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/04 Harian Metro

FAKTA MADU


Di bawah adalah ringkasan pembentangan kertas kerja ketika Seminar Madu Lebah Kebangsaan baru-baru ini di Kota Baru, Kelantan.

Madu Lebah Tualang sebagai Antikanser
Oleh: Prof Madya Dr. Nik Soriani Yaacob, Universiti Sains Malaysia (USM)

Tahukah anda 1 daripada 4 kematian berpunca daripada penyakit kanser. Di malaysia,kanser payudara merangkumi 30% daripada kanser yang didiagnos pada wanita manakala kanser usus dan kanser paru-paru adalah paling lazim bagi lelaki.

Rawatan masa kini:

- Melibatkan pembedahan, kemoterapi dan radioterapi
Tujuan kemoterapi dan radioterapi-untuk membunuh sel kanser menggunakan drug sitotoksik, hormon @ radiasi dengan kos tinggi. Tetapi kesan sampingan lazim berlaku kerana drug ini tidak dapat disasarkan hanya kepada sel-sel kanser kerana sel-sel normal yang sedang membahagi pada kadar yang tinggi juga boleh termusnah. Rawatan radiasi juga boleh menyebabkan penghapusan sel-sel normal yang berhampiran sel-sel kanser yang dirawat. Lebih teruk lagi, sesetengah sel kanser menjadi rentan kepada rawatan yang diberi menyebabkan sel-sel ini tidak terhapus tetapi terus membahagi mengakibatkan kanser berulang.

Kajian penyelidik-penyelidik USM menggunakan madu lebah tualang

Kajian daripada mereka menunjukkan madu lebah tualang mempunyai pelbagai aktiviti antikanser. Sel kanser yang dirawat dengan madu menjalani proses apoptosis yang biasanya tidak berlaku pada sel-sel tersebut. Tambahan pula, madu lebah tualang dapat meningkatkan rangsangan kematian sel-sel kanser payudara oleh drug tamoxifen, iaitu 1 drug yang digunakan dalam kamoterapi.
•Proses kematian sel dirangsang melalui mekanisme pengisyaratan tertentu di dalam sel.•Saiz kanser payudara yang terbentuk dalam tikus makmal-mengecil,membesar dengan lebih perlahan @ tidak terbentuk lagi, lewat berbanding tikus yang tidak diberi madu tualang.•Pengurangan saluran darah ke lokasi kanser boleh menyekat pertumbuhan sel kanser.•Peningkatan jumlah sel imun di keliling sel-sel kanser boleh merangsang pembunuhan sel kanser oleh sistem imun.•Kajian tersebut menunjukkan potensi madu tualang sebagai suplemen dalam terapi kanser.


Madu dan Rawatan Kelecuran
Kajian: Universiti Sains Malaysia

Madu lebah telah lama digunakan dalam rawatan secara tradisi untuk luka dan melecur. Madu,gris (lemak) dan kain tiras adalah pembalut luka yang paling kerap digunakan bagi rawatan luka oleh masyarakat Mesir Purba. Madu dipercayai berkesan dalam merawat jangkitan bakteria pada luka. Ianya sangat hipertonik & dapat membunuh bakteria dengan kaedah kecutan osmotik selain dari menyedut cecair dari luka.

Kajian santifik membuktikan madu mempunyai aktiviti antibakteria. Kajian juga menunjukkan madu mampu mempunyai aktiviti menghalang radangan. Kesan keseluruhannya adalah mengurangkan jangkitan & meningkatkan kemampuan luka untuk sembuh.


Madu Lebah & Kesihatan Reproduktif Lelaki
Oleh: Dr Mohaneem Mohamed,Pensyarah kanan Jbtn Fisiologi-USM

Kesihatan reproduktif lelaki selalunya dikaitkan dengan kesuburan lelaki dalam menghasilkan anak @ zuriat. Pada lelaki organ reproduktif lelaki yang penting adalah testis, epididimis,kelenjar prostat, kelenjar vesikel semen & zakar.

Di india, terdapat amalan dalam perkahwinan tradisional mereka bahawa pengantin lelaki diberi madu lebah untuk meningkatkan stamina. Di Great Britain, madu diperam menjadi arak yang dinamakan 'Mead' & terdapat amalan oleh pengantin lelaki & perempuan yang mengambil madu dan mead tersebut pada beberapa minggu pertama perkahwinan. Di Malaysia pula, terdapat amalan tradisional di mana madu lebah di ambil bersama bahan lain seperti buah kemiri, bawang merah, rempah ketumbar & telur ayam.
•Ia dipercayai untuk meningkatkan air mani, meningkatkan tenaga seksual serta mengelakkan air mani cepat keluar.
kelebihan madu tualang dikuatkan lagi melalui kajian ke atas tikus jantan normal yang telah menunjukkan bahawa:

•Pemberian madu dari Palestin dan Malaysia masing-masing selama 3 dan 4 minggu telah meningkatkan bilangan sperma.
Kajian dijalankan pada tikus jantan yang didedahkan kepada asap rokok pula, hasilnya:

•Pemberian madu tualang dari Malaysia telah meningkatkan peratus tikus jantan yang berupaya untuk memindahkan sperma kepada tikus betina (mengawan) dan seterusnya berupaya menghasilkan anak.
•Peningkatan pada paras testoterone dan bilangan sperma yang dihasilkan serta pengurangan peratus bentuk sperma yang tidak normal.
•Paras antioksidan di dalam testis tikus meningkat dan kesan toksik ke atas sel pada testis juga berkurang.
•Ini menunjukkan pemberian madu lebah dapat mengurangkan kesan toksid asap rokok ke atas kesihatan reproduktif tikus jantan.


Madu & Penyakit HIV
Oleh: Dr Wan Nazikarah, Jbtn Farmakologi-USM

'Human ImmunodeficiencyVirus' atau dikenali sebagai HIV adalah sejenis virus yang menyerang manusia. Ia mula dikesan pada awal 80' an. Pada waktu itu,HIV mula membiak di dalam badan dan melemahkan sistem pertahanan badan (imuniti) pesakit. Lama-kelamaan sistem pertahanan badan dilumpuhkan sepenuhnya oleh virus HIV menyebabkan badan tidak berupaya untuk mempertahankan diri dari serangan kuman-kuman lain.

Madu terkenal dengan khasiatnya yang pelbagai seperti meningkatkan sistem pertahanan badan, mempunyai antioksidan yang tinggi. Pengambilan madu setiap hari dapat meningkatkan 47%kepekatan vitamin C di dalam darah. Pesakit HIV boleh mendapat manfaat dengan mengambil madu setiap hari di mana madu berfungsi meningkatkan imuniti (sistem pertahanan badan) pesakit.


Madu & Diabetis/ Kencing Manis
Oleh: Dr Mohd Suhaimi

Ramai pesakit kencing manis takut nak makan madu. Ubah mentaliti anda. Madu bagus untuk kencing manis!!!!

Kenapa madu bagus? Madu mempunyai GI yang rendah dari makanan karbohidrat seperti nasi putih, roti putih, dan kentang bakar. GI ialah faktor ukuran kesan peningkatan gula dalam darah oleh makanan.

Dalam kajian yang melibatkan tikus yang diaruh menjadi penyakit kencing manis, tikus yang diberi madu mempunyai paras oksigen yang lebih rendah berbanding tikus yang tidak diberi madu. Penggunaan madu oleh pesakit kencing manis dapat membantu mengawal penyakit dan kemungkinan dapat memlambatkan penghasilan komplikasi


Madu yang dihasilkan oleh lebah-lebah adalah "Penawar bagi pelbagai jenis penyakit". Ibnu Sina (Pakar Perubatan Islam, 980-1037 Masihi) telah menulis dalam bukunya "Qanun - Fit - Tib" telah menyebutkan "Berdozen-dozen aduan ubat yang menggunakan Madu Lebah".










MADU KELULUT


·         Madu Kelulut – warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam. Madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik dan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan.

·         Madu berasal daripada sari bunga dan menjadi ubat bagi pelbagai penyakit manusia. Khasiat madu sebagaimana disampaikan al-Quran telah dibuktikan secara ilmiah oleh pakar perubatan.

·         Khasiat madu kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.

·         “Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi. “Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah,” “Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran.” – Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar

·         Penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan hasilan lebah kelulut termasuk (Mengikut Laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011) ialah Diabetis mellitus (kencing manis), Strok, Hepatitis (Hati), Kanser, Hipentensi (Darah Tinggi) dan Batu Karang.

·         “Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana, madu lebah diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,” – Pengarah Kampus Kesihatan USM, 
Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed. Utusan Malaysia, 9 Jun 2011

·         Kajian telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu. Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetikadalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut. Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas dan kehadirannya dalam madu kelulut memberikan jumlah keseluruhan sebanyak g/g berat kering.

·         Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yangm300 boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan dan bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.

·         Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan bahawa madu mempunyai khasiat dari segi perubatan. Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu berupaya menurunkan glukosa selain daripada itu ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan dapat mengurangkan stress aksidatif. Selain itu kajian pada tikus yang telah di buang ovari untuk kajian menapous menunjukkan madu mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang mana bermakna ia membantu manguatkan tulang melalui penyerapan kalsium.












MADU SIDIR YAMAN


“Menyingkap Rahsia  Madu  Madu lebah terbaik, paling berkualiti dan paling termahal yang diiktiraf dunia”

TAHUKAH ANDA!!!

Madu lebah “SIDIR” dikenal pasti sebagai madu lebah terbaik, paling berkualiti dan paling termahal di dunia. Ianya merupakan madu lebah yang mempunyai keistimewaan tersendiri dari sudut rasa, aroma kandungan zat-zat dan khasiat yang diiktirafkan paling terbaik. Keistimewaan madu lebah sidir adalah kerana pokok-pokok sidrnya (Ziziphus Spina Christi, L.Willd) yang terdapat di kawasan pergunungan di mana tanah dan kawasan di situ masih terpelihara dari pencemaran. Manakala lebah yang menghasilkan madu di pergunungan pula adalah jenis lebah yang khusus memakan debunga sidir sahaja.

Pokok sidir yang dipercayai oleh kebanyakkan masyarakat arab sebagai salah satu pokok istimewa sehingga disebut di dalam Al-Quran pohon yang terdapat di alam dunia dan alam akhirat lagi pula pohon yang tertua di dunia.Pokok Sidir biasanya terdapat di negara Yaman (Syam) di tanah Arab. Biasanya tumbuh di pergunungan Hadhramaut dan menjadi kegemaran lebah-lebah di sana menghisap nektar dari bunganya bagi penghasilan madu. Pokok Sidir diterjemah secara am sebagai pokok bidara dalam bahasa Melayu namun spesis pokok ini hanya terdapat di tanah Arab sahaja dan pengusaha madu golongan Badwi secara turun-temurun adalah di Yaman secara khususnya. Pokok ini mengeluarkan aroma bau buahan seumpama epal yang menjadi kegemaran lebah.

MADU SIDIR adalah madu  yang benar-benar asli sebenarnya dan kesahihan tentang keasliannya tidak dapat diragui serta dinafikan setelah banyak kajian yang dilakukan menemui pelbagai rahsia dan kejaiban di dalam MADU SIDIR yang tidak ada pada madu lain mahupun perubatan moden diabad ini. MADU SIDIR juga mempunyai khasiat 5 kali ganda dari madu lebah ternak, Menurut Badan makanan dan pertanian PBB (FAO), MADU SIDIR seratus kali lebih mahal daripada jenis madu-madu lainnya di pasar global karena perbedaan kandungan, manfaat ubat-ubatan dan gizinya.

 “Menurut kajian, madu yang berwarna gelap dan kehitaman adalah lebih baik kandungan mineralnya”. – Universiti Wisconsin

Kajian yang dilakukan oleh University of Ottawa (Canada) menemukan bahawa :
  • Efektifitas MADU SIDIR dalam membunuh bakteri MSSA (methicillin sensitive staphylococcus aureus) mencapai 63%.
  • Efektifitas MADU SIDIR dalam membunuh bakteri MRSA (methicillin-resistant Staphylococcus aureus) mencapai 73%.
  • Efektifitas MADU SIDIR dalam membunuh bakteri PA mencapai 91%
MADU SIDIR memiliki kemampuan membunuh yang kuat terhadap aneka bakteria tersebut, bahkan lebih hebat dibanding anti-mikroba yang paling hebat yang digunakan kedokteran modern saat ini.

Sidir 3

KEISTIMEWAAN MADU SIDIR BUKAN HANYA SEKADAR SYIFA’(PENYEMBUH) TAPI BARAKAH (MEMBAWA KEBERKATAN)

Perihal pohon Sidir terdapat di dalam Surah  as-Saba’ ayat 15-16.

Sidir 4

Sesungguhnya bagi kaum Saba’ ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka yaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri. (kepada mereka dikatakan): “Makanlah olehmu dari rezki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya. (Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan yang Maha Pengampun”. Tetapi mereka berpaling, Maka kami datangkan kepada mereka banjir yang besar dan kami ganti kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohon Atsl dan sedikit dari pohon Sidr[1237].
 [1237]  pohon Atsl ialah sejenis pohon cemara pohon Sidr ialah sejenis pohon bidara.
Surah Al-Waqiah ayat 28 :

Ayat Quran


Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara Yang tidak berduri

Sidir 5

CARA PENGAMBILAN

- Di ambil 2 kali sehari dalam kuantiti 1 sudu besar setiap pagi dan malam.
- Di ambil ketika perut kosong iaitu sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur (2 jam selepas makan malam).
- Disarankan mengambil madu ini secara istiqomah (berterusan) bagi mendapatkan khasiat yang berpanjangan.

JENIS MADU YEMEN

1. Madu  Sidr:
Ianya madu bunga mono yang merupakan madu yang terbaik didalam dunia.
Ianya mempunyai kualiti yang unik untuk nilai perubatan. Madu ini diambil oleh lebah dari bunga Sidr sahaja.

2. Madu Summur / Sumrah Honey:
Ianya madu bunga mono yang merupakan madu yang kedua baiknya selepas madu Sidr.
Madu ini  diambil oleh lebah dari bunga Sumrah sahaja.

3. Madu Mara’i:
Ianya merupakan madu dari pelbagai bunga. Ianya merupakan madu biasa yang diambil dari pelbagai bunga nectar dari pelbagai pokok.

Disokong kajian oleh Tala Alandejani, MD, di University of Ottawa (Canada) menemukan bahawa:
Fakta:

- Keberkesanan Madu Sidr dalam membunuh bakteria MSSA (methicillin sensitive staphylococcus aureus) mencapai 63%.
- Keberkesanan Madu Sidr dalam membunuh bakteria MRSA (methicillin-resistant Staphylococcus aureus) mencapai 73%.
- Keberkesanan Madu Sidr dalam membunuh bakteria PA (Pseudomonas aeriginosa) mencapai 91%.

Madu Sidr dari Hadramawt Yaman bersifat anti-bakteria, iaitu membunuh pelbagai jenis bakteria, bahkan lebih hebat berbanding anti-mikrob yang paling hebat yang digunakan dalam bidang perubatan moden pada hari ini.

Selain itu penggunaan madu ini adalah selamat tanpa kesan sampingan berbeza dengan ubat-ubatan moden yang hakikatnya merosakkan sistem pertahanan tubuh dalam jangka masa panjang.
Baca seterusnya di sini.

MADU LEBAH

Madu lebah asli yang berkualiti tinggi amat sukar ditemui terutama ketika zaman moden ini. Adakalanya madu lebah yang terdapat dipasaran dicampur dengan bahan-bahan lain hanya semata-mata untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda tanpa memikirkan kesan terhadap pengguna.

Madu Lebah Tualang merupakan madu lebah Asli "Natural"  bersumber dari nektar bunga hutan yang sangat misteri lalu dikumpulkan dan di olah menjadi madu lebah oleh lebah liar hutan, Apis Dorsata. Keistimewaan dan khasiat madu lebah ini sangat tinggi kerana nektarnya terdiri dari pelbagai jenis bunga hutan alam nusantara (poliflora) sehingga komposisi gizi, rasa, warna dan aromanya lebih kompleks dan unggul dibanding madu lebah yang berasal dari lebah ternak yang bersumber dari satu jenis bunga tertentu sahaja (monoflora).

Madu Lebah Tualang menawarkan 2 jenis madu lebah asli hutan yang sangat berkualiti untuk keperluan penyembuhan dan pengubatan atau sebagai minuman harian yang sangat berkhasiat.
  1. Madu Lebah Asli Hutan Segar, di mana madu lebah dari hutan yang terus disaring dan dikemaskan dengan botol (mengandungi kadar peratus air 18%-22%).
  2. Madu Lebah Asli Hutan Segar Pekat, di mana madu lebah dari hutan yang terus disaring dan ditingkatkan kualitinya dengan mengurangi kadar air madu lebah sehingga sampai ke peringkat bebas peragian (yieast fermentation) iaitu 15%-17%.
Perbezaaan Madu Lebah Asli dan Madu Lebah Tiruan

  • Madu lebah campuran mengandungi kandungan gula sukrosa yang rendah
  • Madu lebah sintetik mengandungi kandungan HMF melebihi 80 miligram perkilogram madu
  • Sukar untuk membezakan antara madu lebah asli dan madu lebah tiruan melainkan menerusi ujian makmal
  • Bagi mereka yang biasa makan madu lebah asli, dengan sendirinya dapat membezakan rasa madu lebah tiruan.
Kandungan Dalam Madu Lebah

Madu lebah mengandungi pelbagai unsur-unsur penting dengan jumlahnya yang ideal dengan tubuh manusia seperti:

Kalsium (Ca), Phosphor (P), Natrium (Na), Thiamin, Niacin, Riboflavin, Potassium, Iron dan Zink.

Di samping itu, gula dalam madu lebah (glukosa dan fruktosa) merupakan gula ringkas (simple sugar, monosacharide) yang mana apabila di makan seketika akan terus diserap oleh darah sehingga menimbulkan tenaga secara spontan. Berbeza dengan gula biasa atau madu lebah tiruan yang merupakan gula kompleks (polisacharide) yang tidak langsung dapat diserap oleh darah, kerana harus dirubah menjadi gula ringkas dengan cara pemprosesan oleh hati yang akan mengakibatkan kerosakan hati (sel herpa) apabila melebihi dos biasa.
Ciri-ciri kimia madu lebah adalah madu lebah mengandungi asid amino (0.05-0.1%) dan  asid organik (0.57%, julat 0.17-1.17%). Purata indek pH bagi madu adalah 3.9 (dengan julat tipikal 3.4-6.1). Kajian yang dilakukan di USDA (U.S Department of Agriculture) mendapati madu terbahagi kepada 7 warna asas iaitu putih, kuning cair, kuning pekat/jingga, oren kecoklatan, coklat dan hitam. Namun, warna madu bukanlah penunjuk yang tepat bagi menguji gred madu kerana ianya dipengaruhi oleh jenis dan ciri sesuatu bunga yang mempunyai kandungan mineral dan komponen-komponen organik tertentu di dalamnya.
Khasiat Madu Lebah

Sejak dari dulu lagi, madu lebah telah dijadikan sebagai bahan minuman untuk kesihatan. Oleh yang demikian, pengamalan madu lebah boleh memberikan khasiat kepada pengamalnya.  Pengamalan madu lebah asli yang berterusan dapat mencegah penyakit kepada pengamal madu lebah asli. Dengan izin ALLAH di antara penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan pengambilan madu lebah asli adalah:
- Asma- Haid- Resdung
- Alahan- Jerawat- Rambut gugur
- Barah- Letih- Sakit kepala
- Buasir- Lendir kahak- Sakit pinggang
- Batuk kering- Lemah jantung- Sakit sendi
- Batuk- Mata- Sukar tidur
- Darah Tinggi- Pening
- Gastrik- Penyeri muka
Selain penyakit di atas, masih banyak lagi khasiat madu lebah yang perlu kita ketahui. Khasiat madu lebah yang perlu diketahui adalah:
  • Madu lebah dapat menambahkan stamina dan membekalkan tenaga
  • Madu lebah boleh dijadikan sebagai sumber tenaga
  • Madu lebah dapat meningkatkan metabolisme tubuh
  • Madu lebah mengandungi agen antioksidan yang boleh mengurangkan aktiviti yang memusnahkan sel
  • Madu lebah dapat melancarkan peredaran darah
  • Madu lebah dapat melancarkan sistem pencernaan
  • Madu lebah dapat meningkatkan semangat seksual atau tenaga batin
  • Madu lebah juga digunakan sebagai mengubati luka-luka
  • Madu lebah sesuai untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus
Madu Lebah Menurut Islam

Firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah An-Nahl yang bermaksud;
"Tuhanmu yang menjadikanmu dan yang mengetahui keistimewaan dan susunan tubuhmu, zahir dan batinmu, mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon dan di tempat-tempat yang di buat oleh manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan"
Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri r.a:"Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad s.a.w lalu berkata: 'Sesungguhnya saudaraku sakit perut(cirit-birit)'. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Berilah dia minuman madu'. Kemudian, dia memberi saudaranya minum madu. Lalu dia datang semula dan berkata: 'Saya telah pun memberi minum dia dengan madu tetapi penyakit bukan berkurangan melainkan bertambah.' Rasulullah s.a.w menyuruhnya agar meneruskan meminum air madu sehingga tiga kali lagi. Kemudian, lelaki itu datang sekali lagi. Rasulullah s.a.w masih menyuruhnya meneruskan meminum air madu tetapi lelaki itu menjawab,'Saya telah memberinya minuman madu tetapi sakitnya masih bertambah.' Lalu Rasullullah s.a.w berkata:'Allah benar dan perut saudaramu itu yang berbohong.' Kemudian Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum madu kepada lelaki tersebut dan akhirnya sembuh

Hubungan Kesihatan (Rawatan) dan Madu Lebah

Antimicrobial : Madu lebah berupaya bertindak sebagai bahan pengawet. Penyelidikan ilmiah menunjukkan madu lebah dapat mengawetkan buah-buahan dan sayuran daripada enzim yang boleh mengakibatkan ianya berubah kecoklatan dan rosak. Aktiviti antibakteria yang terdapat pada madu lebah ini adalah disebabkan kewujudan hidrogen hidroksida (agen pembunuh bakteria) dan organik antibakteria.
Antioxidants : Madu lebah mengandungi pelbagai fitokimia ‘phytochemicals’ seperti asid organik, vitamin dan enzim yang sememangnya merupakan sumber diet yang penting bagi proses antioksida. Jumlah dan jenis antioksida adalah bergantung kepada kekuatan saripati madu lebah itu sendiri dan sumber bunganya. Biasanya, lebih gelap warna madu lebah menunjukkan lebih tinggi kandungan antioksida berbanding madu yang berwarna agak cerah (kekuningan). Antioksida dalam madu lebah mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik.
Enzymes : Enzim memainkan peranan penting dalam madu lebah yang menjadikannya sangat penting untuk pengubatan dan makanan yang berkhasiat tinggi. Sebagai contoh, glucose oxidase berfungsi menukar glucose kepada gluconolactone yang menghasilkan asid gluconic dan hidrogen peroksida.
Pro-Biotic : Campuran madu lebah bersama yogurt dan produk tenusu lain akan meningkatkan lagi aktiviti, pertumbuhan dan kegalakkan bakteria baik, bifidobacteria untuk melawan bakteria jahat bagi keseimbangan usus yang sihat.

Kaedah Ujian Keaslian Madu Lebah

Selama ini banyak petua atau kaedah tradisional yang digunakan untuk menguji keaslian madu lebah. Walaubagaimanapun kaedah ini boleh dipertikaikan secara saintifik. Petua tradisional yang sering digunakan untuk menguji keaslian madu lebah:
Semut : Ini kerana madu lebah asli (dihasilkan oleh lebah) turut dihurungi semut kerana mengandungi glukosa ‘monosaccharide’ yang bersifat manis sama seperti yang terdapat pada gula sintetik (juga mengandungi glukosa ‘polisacharide’). Namun, memang ada yang tidak didekati semut kerana terdapat madu lebah asli yang akan mengeluarkan gas (madu lebah asli segar) yang akan membuatkan semut tidak tahan pada tekanannya dan mempunyai keasidan yang agak tinggi. Maka, semut bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu lebah
Peti Sejuk : Madu lebah asli yang mengandungi kandungan air pada kadar 18-22%. Maka, madu lebah asli tetap akan mengeras jika dibiarkan lama di dalam peti sejuk beku terlalu lama. Namun, terdapat juga madu lebah asli yang tetap pada keadaan yang tidak begitu keras disebabkan peratus kadar air yang rendah dan mempunyai kandungan mineral yang bersifat panas yang tinggi. Maka, peti sejuk bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu lebah.
Pembentukan mendakan kristal : Madu lebah asli juga mengalami pengkristalan/mendakan nuclei sekiranya disimpan pada suhu yang tidak sesuai dan kaedah penyimpanan yang tidak sesuai. Ini kerana, madu lebah asli yang mengandungi glukosa yang tinggi akan keluar dari keadaan super tepu ’supersaturated’ secara spontan membentuk glukosa monohidrat kerana kehilangan air. Maka, terdapatnya pengkristalan bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu lebah.
Telur : Madu tiruan juga dapat menghasilkan kuning telur setengah masak. Si penipu ini akan mencampurkan kapur yang bersifat panas di dalam madu lebah tiruannya dengan kadar tertentu sehingga boleh menyebabkan kuning telur akan setengah masak. Awas, sangat berbahaya terhadap kesihatan organ dalaman! 
Maka, kami menasihati pengguna dan peminat madu lebah supaya berhati-hati terhadap madu lebah yang terdapat di pasaran supaya tidak tertipu sekaligus membahayakan kesihatan, nanti disangka MADU LEBAH rupanya RACUN yang sangat berbahaya. 
Kami sangat berhati-hati dalam memperkatakan tentang madu lebah asli sehingga perlu dihuraikan secara ilmiah agar dapat berkongsi pemahaman dan kesedaran bersama anda semua disamping bersyukur akan nikmat Allah yang tiada tolok bandingnya lagi. Buatlah setitik madu lebah sekiranya anda mampu! Kami tentunya hanya menawarkan madu lebah asli untuk memelihara kedudukan madu agar tetap terjaga sebagai suatu sumber penyembuhan sunnahtullah. 

Bagaimana Untuk Menguji Keaslian Madu Lebah

Kami mencadangkan kepada anda kaedah untuk menguji keaslian madu lebah samada madu lebah yang dijual adalah asli ataupun tiruan. Kaedah mengenalpasti Madu Lebah Asli adalah seperti berikut:
  • Mengenali latar belakang penjual atau pembekal madu lebah.
  • Menjadi seorang yang terbiasa dengan madu lebah asli, akan lebih mudah untuk mengetahui ianya asli atau tiruan. Antara tanda madu lebah asli hutan rasanya agak menyengat (tajam; keasidan agak tinggi) dan mempunyai bau wangi aroma dengan ciri-ciri tertentu. Madu lebah asli ternak pula rasanya cuma manis sahaja dan kurang menyengat.
  • Melalui ujian makmal. Pengguna harus memastikan bahawa madu lebah yang akan dibeli telah melalui ujian pengesahan kandungan dari institusi yang diiktiraf untuk memastikan tidak tertipu dengan madu lebah tiruan. Jadilah pengguna yang bijak dan berhati-hati! Walaupun demikian madu lebah tiruan tetap dapat dihasilkan melalui kaedah makmal, jadi ujian 1 dan 2 sangat penting diamalkan oleh pengguna.
  • Ada gelang propolis/pollen di bahagian paling atas aras madu jika dibiarkan lama madu di dalam kemasan botol.
  • Menggunakan api: ½ sudu besar madu lebah dibakar di atas api lilin, apabila buihnya kecil-kecil seperti air mendidih bermakna ianya palsu. Madu lebah asli buihnya akan membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan.